Aplikasi ini merupakan bahan pendidikan untuk kanak-kanak khususnya kepada pengajaran kepada kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun.Saya akan menerangkan serba sedikit mengenai penggunaan aplikasi ini untuk memudahkan penggunannya.
1. Sebelum anda mahu menggunakan aplikasi ini, anda dikehendaki untuk memasukkan nama anda. Ini kerana untuk merekod data anda apabila anda melakukan latihan di dalam aplikasi ini.
2. Setelah anda memasukkan nama anda, anda akan dibawa terus ke menu utama aplikasi ini. Di dalam menu utama ini, pereka telah menjadikan lebah sebagai objek butang untuk terus kepada segmen seterusnya. Di dalam menu utama ini terdapat lima butang menu iaitu, Bantuan, Info, Ujian , Keluar, dan Muzik. Sekarang kita akan klik pada lebah untuk ke segmen seterusnya.
3. Setelah anda klik pada lebah, akan keluar satu lagi menu. Di dalam menu tersebut terdapat tiga kategori iaitu Lagu, Cerita dan Aktiviti.
4. Klik pada lagu, dan satu lagu tentang rama-rama akan kedengaran beserta dengan lirik. Di dalam aplikasi ini terdapat butang ulang untuk memainkan semula lagu tersebut.
5. Di dalam cerita pula terdapat sebuah cerita mengenai serangga yang mempunyai nilai-nilai moral yang baik.
6. Di ruangan Aktiviti pula, anda akan diuji dengan beberapa ujian yang lebih berkonsepkan pemahaman di dalam matematik dan asas mengenal huruf.
7. Kembali ke menu Utama dengan klik pada butang Menu Utama. Pergi kepada Bantuan. Butang bantuan ini diadakan untuk menambah pemahaman anda tentang aplikasi ini sekiranya anda sulit untuk menggunakannya.
9. Butang ujian pula diadakan untuk menguji kanak-kanak berkenaan dengan ilmu asas di dalam matematik dan mengenal huruf dengan menggunakan ilustrasi serangga di setiap ujian.
10. Butang muzik diadakan untuk anda mengawal bunyi di dalam aplikasi ini
11. Akhir sekali, adalah butang Keluar sebagai jalan keluar anda daripada aplikasi ini.
Kesimpulannya, kami mengharapkan, aplikasi ini memudahkan dan memberi perkenalan awal kanak-kanak kepada serangga. Di samping itu juga, kanak-kanak akan didedahkan dengan pendidikan awal tentang matematik.